Friday, August 10, 2012

Ryndunya Ya Rabb...

 
 .Hati yang merindui.

Di masih bulan Ramadhan yang mulia ini, hambamu yang jahil ini masih perlu banyak memperbaiki diri. Pelbagai yang berlaku, sama ada berkenaan diri ini mahupun orang-orang yang tersayang disekelilingku. Semenjak ini, badan bertindak begitu lain. Doaku hanya Allah tidak memutuskan rahmat keatas diriku juga keluargaku dan teman-temanku untuk mendapat malam yang dinantikan insyallah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Di samping cuba untuk mengawal hawa nafsu yang memang bukanlah mudah Ya Allah, hati ini juga ingin sangat ku curahkan untuk merinduimu. Bulan Ramadhan ini akan pantas berlalu. Sesungguhnya banyak lagi yang belum ku dapat kecapi. Tetapi, dengan ingatanMu untuk hamba-hambamu menjadi manusia yang bersyukur, diri ini tetap bersyukur yang alhamdullilah Ramadhan kali ini lebih berbeza dari yang lalu.

Bersyukur Ya Allah atas terbitnya rasa rindu. Rindu untuk mebaca KitabMu. Amin Ya Rabb. Engkaulah sumber yang memberi ku ketenangan dan memberi ku peringatan. Di samping rindu tersebut, terbit rasa rindu akan pekerjaan lamaku. Rindunya sangat berlainan dan membuat diri ini tertanya-tanya apakah tanda-tanda ini.

Insya'allah Ya Allah, Kau berilah diri ku ini petunjuk. Sesungguhnya perasaan ini tidak akan terbit tanpa izinMu. Insya'allah di bulan mulia ini akan ku cuba mencari jawapannya Ya Rabb.

Syukran juga Illahi atas teman-teman yang Kau pertemukan padaku yang sangat menyayangiMu. Alhamdullilah.



No comments:

Post a Comment