Sunday, December 30, 2012

.Tomodachi-san.

Dearest tomodachi-san,

Assalammualaikum awak..As the days and years passed..you will always be in my prayers in shaa allah..Syukran for all the time and greatful that Allah plan for us to meet..Semoga Allah bless you and your family as well as your future..Thank you for those moments..May He lead you to be the best of the man that in shaa allah can lead your family..amin

Lots of care,
Noona♡

Wednesday, December 26, 2012

.Little humble note from the heart.


Monday 17 December 2012:


Amat terharu diri ini dapat solat di sebuah masjid di China..Ma shaa allah...biarpun suasananya berlainan..kedengaran laungan azan yg memanggil hamba Allah untuk bersolat sangat menghayat hati..Ya Allah..bilal mengetuk sesuatu peralatan untuk menandakan waktu maghrib (16:52) dan setelah itu melaungkan azan di luar masjid..selesai..dengan secara beramai mereka melaksanakan solat jemaah bersama-bersama di bahagian belakang musolah..saya faham ya Allah apa yang mereka katakan...saya pernah dengar ya Allah...itulah yg senantiasa di ucapkan dibibir umat Islam sewaktu menghadapmu ya RAbb...aku tersentak dan terharu amat ya Allah...memang tiada Tuhan selainmu ya Allah...Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sesungguhnya kami datang menghadapmu ya Allah..tidak kira dari mana kami datang...bahasa apa yang kita acapkan...lima kali sehari..kami mengucapkan kata-kata kasih yang sama untuk mu ya Allah...betapa kerdilnya diri ini menghadapmu Ya Rabb.. Terima kasih ya Allah atas pengalaman dan peluang ini...hamba tidak akan dapat menghayati pengalaman sedemikian jikalau tanpa keredhaanMu...syukran ya Allah kerana telah mempertemukan hamba sahabat-sahabat yang juga berperang keranaMu..kerana cintaMu...semoga Engkau terima amalan kami ya Allah...terima kasih ya Allah kerana Engkau telah satukan kami kerana cinta yang tulus ikhlas..CINTA ILLAHI.. 


Salam sayang dari beijing China..17:30

Nieu Jie Mosque

Friday, December 14, 2012

.Perjalanan Si Musafir.

Assalammualaikum

Masha' allah sungguh pantas masa berlalu dan in shaa allah akan mula perjalanan musafirku bersama sahabat-sahabat tercinta ke negeri China. Sebagai orang Islam, niat kita bermusafir sangat penting dan amat dititik berat. Alhamdullilah video di bawah ini banyak membantu dalam mempersiapkan diri bermusafir. Rindu sungguh hati ini untuk melihat kejadian Allah yang luar biasa (turunnya salji). Semoga perjalanan ke China kali ini dapat membuka hati dan mata untuk melihat betapa luasnya Islam telah tersebar dan untuk meriahkan ukhuwah bersama 'sisters' dan 'brothers' di sana, in shaa allah amin. Di samping video ini, buku kecil tetapi mantap ilmu yang telah dibukukan bertajuk 'Bekalan Musafir dari Ustaz Wan Mohd Yusof Wan Ali' sangat berfaedah. Alhmdullilah, buku ini memudahkan untuk merujuk kepada doa-doa untuk dibaca semasa bermusafir. In shaa allah semoga perjalanan ini dilindungi Allah dan dipermudahkanNya untuk membuka hati ini untuk lebih bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh yang Maha Agung.

(video contributes -idayahyazin2003)