
Assalammualaikum
Masha' allah sungguh pantas masa berlalu dan in shaa allah akan mula perjalanan musafirku bersama sahabat-sahabat tercinta ke negeri China. Sebagai orang Islam, niat kita bermusafir sangat penting dan amat dititik berat. Alhamdullilah video di bawah ini banyak membantu dalam mempersiapkan diri bermusafir. Rindu sungguh hati ini untuk melihat kejadian Allah yang luar biasa (turunnya salji). Semoga perjalanan ke China kali ini dapat membuka hati dan mata untuk melihat betapa luasnya Islam telah tersebar dan untuk meriahkan ukhuwah bersama 'sisters' dan 'brothers' di sana, in shaa allah amin. Di samping video ini, buku kecil tetapi mantap ilmu yang telah dibukukan bertajuk 'Bekalan Musafir dari Ustaz Wan Mohd Yusof Wan Ali' sangat berfaedah. Alhmdullilah, buku ini memudahkan untuk merujuk kepada doa-doa untuk dibaca semasa bermusafir. In shaa allah semoga perjalanan ini dilindungi Allah dan dipermudahkanNya untuk membuka hati ini untuk lebih bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh yang Maha Agung.
No comments:
Post a Comment