Sunday, August 12, 2012

Indahnya Kitabmu Ya Rahman

 
.Tiada Setanding KitabMu.

Ramadhan Malam ke-24. Alhamdullilah syukran Ya Allah, majlis  Kahlimatul Al Quran berjalan dengan lancar dengan izinMu Ya Rabb. Pasti akan rindu hati ini akan suasana membaca KitabMu beramai-ramai. Masha'allah tiada setanding nikmat Al Quran. Syukran Illahi kerana membenarkan diriku ini menyaksikan dan merasai kemuliaan KitabMu ini.

Semoga ini membuka lembaran baru dan bermakna buat diriku ini yang masih kerdil dalam Ilmu agamaMu Ya Rahman. Semoga diriku ini akan terus mendamba dan merindu membaca KitabMu biarpun akhir Ramadhan kelak. Insyallah moga kita dapat bersama teruskan amalan-amalan suci biarpun sekecil zarah selepas bulan mulia ini, Dia lebih mengetahui keikhlasan hati masing-masing. Marilah kita bersama senantiasa berpandukan dan kembali kepada Al Quran sebagai perangsang dan pedoman hidup di dunia yang sementara ini insya'allah.

Insya'allah semoga diriku ini dapat meneliti dan menghayati bait-bait ayat di dalam kitab suciMu Ya Rabb. Insya'allah itu matlamat ku dan pasti matlamat kita semua insya'allah.


Zikir penenang hati ini amat sayu dan menghayat hati mendengar. Semoga deria-deria kita tidak kering dengan berzikir terhadap Illahi, insyallah, amin.


No comments:

Post a Comment