Sunday, May 13, 2012

Apakah Kekuatan Orang Islam?

.Yang Teristimewa.
Assalammualaikum. Soalan yang ingin saya kongsi yang telah diajukan oleh ustazah di dalam kelas tadi, "Apakah sebenarnya kekuatan Orang Islam?". Mari kita sesama rujuk kembali apa yang telah kita ketahui, pelajari dan bertaqwa tentang Islam. Dapatkah kita memikirkan jawapannya. Pelbagai tadi jawapan diberikan oleh teman-teman sedarjah yang merangkumi: "Keesaan Allah, Lillahita'ala (Nawaitu kita kerana Allah s.w.t), Rukun Iman dan Rukun Islam, Solat, Agama Islam itu sendiri, Al-Quran dan Sunnah".

Ustazah pun memberitahu yang kesemua jawapan kita hampir tepat. Ustazah pun lanjutkan soalannya, "Bagaimanakah kita semua dapat tahu mengenai Keesaan Allah, Lillahita'ala (Nawaitu kita kerana Allah s.w.t), Rukun Iman dan Rukun Islam, Solat, Agama Islam itu sendiri, Al-Quran dan Sunnah? Bukankah disebabkan seseorang yang istimewa?" Tiada lain iaitu Rasullulah s.a.w yang dicintai. Ya Allah kekuatan Islam itu sebenarnya ialah cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sepastinya Allah s.w.t. Tanpa Rasullullah s.a.w bertungkus-lumus menyebarkan agama Allah tidaklah kita dapat mengetahui Islam sebenarnya. Maha Suci Allah. Betapa besarnya darjatmu Rasullullah s.a.w. 

Sesungguhnya diri ini masih terlalu lemah. Ya Allah berilah kami kemudahan untuk mendekatkan diri denganMu dan bukakanlah hati kami untuk mencintaiMu serta juga Rasullullah s.a.w. Syukran atas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang besar mukjizatnya. Maha Suci Allah. Ya Allah bukakanlah hatiku ini untuk lebih mengenali nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w. Marilah kami sesama renungkan betapa dalam kita mengenali Nabi kita.

Marilah kita sesama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w:
(syukran kepada hamba Allah yang telah memperkenalkan saya dengan video-video di bawah)





No comments:

Post a Comment